Deep Throat (istilah bahasa Inggeris yang bermaksud "suara dalam") ialah
pseudonim yang diberikan pada sumber rahsia yang membocorkan maklumat mengenai penglibatan pemerintahan
Presiden Amerika Syarikat pada masa itu,
Richard Nixon, dalam peristiwa yang kemudian dikenali sebagai
Watergate.Deep Throat ialah sumber penting bagi wartawan harian
Washington Post,
Bob Woodward dan
Carl Bernstein, yang menulis bersama siri rencana mengenai skandal yang menyimpulkan secara langsung bahawa pemerintahan Nixon terlibat di dalamnya. Skandal itu kemudian memaksa Presiden Nixon melepaskan jawatannya, sekaligus hukuman penjara untuk Ketua Kakitangan
Rumah Putih,
H. R. Haldeman,
G. Gordon Liddy,
Charles Colson, dan penasihat presiden
John Ehrlichman. Cerita mengenai skandal yang kemudian diterbitkan sebagai buku "All The President's Men" (Lelaki Pendukung Presiden) kemudian diterbitkan sebagai filem yang dilakonkan oleh
Dustin Hoffman dan
Robert Redford.
[1] apabila Deep Throat ingin bertemu Woodward, beliau menyemak halaman 20 akhbar
The New York Times yang dihantar ke rumahnya, dan apabila Woodward ingin bertemu Deep Throat, wartawan itu mengubah kedudukan pasu bunga di jendela pangsapurinya.
[1]Selama 30 tahun identiti Deep Throat tetap misteri. Pada 31 Mei 2005,
W. Mark Felt, bekas pengarah
Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) (1971-1973), mengaku dirinya sebagai Deep Throat.
[2]